Perkongsian keuntungan. (Mudharabah)

Just Say the Word, We Can Do it all!

Perkongsian ini adalah rahsia yang disimpan oleh tokey kedai emas. Tetapi kami berkongsi supaya pelanggan memahami perjalanan perkongsian keuntungan sebenar. Bukan dari pelaburan atau skim.

Bagaimana KESS menjalankan perniagaan dan berkongsi keuntungan(Mudharabah) dengan penyimpan?

Konsep Kedai emas sri semantan. (KESS)

Konsep Kedai Emas Sri Semantan (KESS) bukanlah pelaburan saham.

Kami adalah kedai emas sebenar seperti kedai emas lain yg diluar sana.

Namun, keistimewaan KESS terletak pada sistem yang digunakan, di mana ahli dapat menikmati keuntungan bagi setiap gram emas yang dibeli, dikumpulkan secara berkumpulan, serta melalui konsep rakan kongsi.

Inilah yang membezakan KESS daripada kedai emas lain..

Bagaimana KESS memperoleh modal?

Emas yang diperolehi dari pelanggan akan digadaikan dan disimpan di Ar Rahnu.

Ar Rahnu mengisurankan setiap 3kg emas yang dihantar oleh KESS dengan nilai RM450/gram

3000gram X RM450= RM1,350,00(nilai insuran setiap 3kg)

jika ada apa-apa berlaku pada emas penyimpan. Ar Rahnu akan menggantikan semula semula emas penyimpan.

KESS sendiri insult RM2 juta insurans menjadikan 2 perlindungan kepada pihak penyimpan dan KESS sendiri, jika berlaku apa-apa mudarat kepada emas tersebut.

Wang gadaian dari emas-emas penyimpan akan digunakan sebagai modal untuk membeli emas-emas terpakai, rosak, lelong, surat pajak dan sebagainya

Bagaimana KESS memperolehi emas?

KESS memperolehi emas yang rosak(terpakai), emas lelong melalui broker-broker dan Ar Rahnu.

KESS biasanya membeli setiap gram emas tersebut dengan harga RM350-RM400/gram.

Apa KESS buat dengan emas-emas tersebut?

Kebanyakan emas yang dibawa ke kilang adalah emas 999(tulen)

Emas tersebut akan  diproses semula menjadi 916(untuk perhiasan).

Jika semasa hantar kilang beratnya 3kg. Semasa dah siap cantik menjadi 916(campur), beratnya akan bertambah sekali ganda.

emas 916 yang sudah siap cantik ditempa akan dibahagi 2 antara pihak kilang dan KESS.

Keuntungan Sebenar

KESS memperolehi semula emas 916(perhiasan) dari kilang dengan harga RM450/gram.

Di sini sahaja KESS dah untung RM50/gram. RM50 X 3000g = RM150,000

Emas yang cantik-cantik dengan namanya yang berbagai akan dipamerkan di cawangan KESS untuk dijual kepada pelanggan.

Jika mengikut harga semasa. Katakan emas tersebut dijual dengan harga RM546/gram.

3000g(dalam bentuk barang kemas X RM546/g(nilai semasa) = RM1, 638, 000.

Perkongsian dengan pelanggan dari keuntungan sebenar

Dari keuntungan inilah KESS membayar RM20/gram(maksimum) setiap bulan kepada penyimpan.

Contoh kiraan:
RM150,000 (Untung harga dari kilang) X RM1,638,000 (selesai dijual) = RM1,788,000 (keuntungan sebenar)

Jumlah yang perlu dibayar kepada penyimpan. 3000g x RM20/g = RM60,000

RM1,788,000 (keuntungan sebenar) – RM60,000 (dividen penyimpan) = RM1,728,000 (keuntungan setelah tolak dividen penyimpan)

Inilah maksud berkongsi keuntungan RM20/gram daripada keuntungan sebenar.

Lebihan keuntungan setelah ditolak rm20/gram kepada penyimpan itu digunakan untuk menampung kos operasi, komisen dan reward affiliate dan bayaran gaji pekerja setiap cawangan serta kos penubuhan setiap cawangan baru yang sedang pesat dilakukan di seluruh negara.

Penafian Akhir:
Laman ini bertujuan memberi penerangan mengenai perkhidmatan simpanan emas. Ia bukan nasihat kewangan atau tawaran pelaburan atau apa-apa skim cepat kaya.

We strive to make our clients happy

So, let's be happy together

Learn how we helped 100 top brands gain success.

Let's have a chat