Berpusat di Temerloh, Pahang, Kedai Emas Sri Semantan (KESS) kini melangkah gagah dalam misi meluaskan empayar ke seluruh Malaysia, Thailand, dan Indonesia.
Bagi merealisasikan visi ini, kami memperkenalkan Sri Semantan Privilege Club (SSPC)—Sebuah inovasi yang menggabungkan premis fizikal dan sistem digital. Melalui SSPC, kami bukan sekadar menjual emas, malah kami berkongsi keuntungan syarikat bersama pelanggan setia kami; satu inisiatif sulung yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kedai emas lain.
Mengapa Pilih Kami?
Pakar Emas Preloved: Nikmati emas berkualiti tinggi dengan harga luar biasa.
Jimat Berganda: Diskaun RM20 bagi setiap gram tanpa sebarang kos upah.
Perkongsian Keuntungan: Keahlian SSPC membolehkan anda menikmati pulangan bersama pertumbuhan kami.
Sertai komuniti kami melalui ejen sah dan bantu kami membawa ‘Soorga Emas Preloved’ terus ke bandar anda.