"Struktur Operasi KESS dan Sistem Ganjaran Ahli SSPC"
Selain daripada urusan penjualan emas fizikal di cawangan kedai, kami turut menyediakan kemudahan perkhidmatan hiliran eksklusif bagi ahli yang mendaftar melalui sistem Sri Semantan Privilege Club (SSPC).
Â
Antara kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah:
- Special Buyback (SBB)
- Pembelian EGold
- Akaun Junior
1. Special Buyback. (SBB)
Transaksi Special Buyback (SBB) merupakan pilihan alternatif eksklusif untuk pelanggan, selain daripada mekanisme Buyback (belian balik) biasa yang ditawarkan oleh mana-mana kedai emas, termasuklah KESS.
Â
Dalam kaedah Buyback Biasa, pelanggan hadir ke kedai dengan membawa emas lama atau rosak, dan mereka boleh memilih sama ada untuk mendapatkan:
- Wang tunai berdasarkan nilai harga Buyback semasa.
- Emas baharu yang bernilai setara dengan emas lama atau rosak tersebut.
Â
Bagaimana KESS berkongsi keuntungan melalui SBB?
"Fahami Perbezaan Antara Skim Wang Haram & Perniagaan Emas Fizikal Realistik"
📑 Teks Penerangan & Penafian PenuhÂ
Â
Syarikat Emas Sri Semantan (KESS) ingin memberikan pencerahan berasaskan fakta bagi menangkis kekeliruan yang sengaja dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ada pihak yang cuba menyamakan program Special Buyback (SBB) di bawah Sri Semantan Privilege Club (SSPC) dengan skim emas cepat kaya yang pernah runtuh sebelum ini.
Â
Perlu ditegaskan, skim yang gagal dahulu runtuh kerana mereka memutar wang tunai (sistem Ponzi) tanpa perniagaan sebenar. KESS pula bertahan dan mampan kerana model operasi kami dikawal selia oleh pengurusan aset fizikal yang kukuh:
1. Keselamatan Berasaskan Gram Emas (Bukan Ringgit)
- Sandaran Nilai Fizikal: Kontrak ahli melalui SBB adalah berdasarkan pegangan gram emas, bukannya nilai Ringgit Malaysia (RM).
- Kalis Inflasi & Kejatuhan Mata Wang: Turun naik harga spot emas di pasaran dunia tidak akan sekali-kali mengubah atau mengurangkan jumlah gram emas yang dimiliki oleh ahli.
- Kelebihan Dua Hala: Apabila harga emas turun, ia adalah peluang membeli emas pada kos lebih rendah. Apabila harga emas naik, nilai keseluruhan pegangan emas ahli berpotensi meningkat tinggi.
2. Kelestarian Aliran Tunai KESS (Kunci Mengapa KESS Bukan Scam)
- Keuntungan Konsisten Melalui ‘Spread’: KESS tetap memperoleh pendapatan yang stabil melalui spread (perbezaan harga) jual beli emas. Pendapatan ini dijana tanpa mengira sama ada harga emas semasa sedang menaik ataupun menurun.
- Strategi Kos Waktu ‘Downtrend’: Apabila harga pasaran emas dunia turun, situasi ini memberikan kelebihan dan peluang keemasan kepada KESS untuk memborong lebih banyak stok emas pada kos yang jauh lebih rendah bagi tujuan operasi kilang.
3. Logik Tempoh Operasi 6 Bulan
- Masa Untuk Dagangan Realistik: Tempoh kontrak selama 6 bulan disediakan bukan untuk ‘menahan’ duit orang, tetapi untuk memberi ruang masa yang logik bagi KESS menguruskan pusingan stok emas, proses peleburan kilang, dan aktiviti perdagangan emas secara berterusan di pasaran terbuka.
🎯 Kesimpulan Tegas:
KESS tidak menjanjikan bulan dan bintang dengan pulangan wang tunai kosong. Setiap sen keuntungan dikongsi bersama ahli SSPC adalah hasil daripada kitaran kerja kilang, transaksi spread dagangan yang sah, dan pengurusan aset emas fizikal yang bernilai tinggi.
Â
Hentikan Fitnah, Fahami Fakta Matematik Emas Sebenar Bersama KESS!